Pesakit selalunya adalah dikalangan kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun. Akan tetapi, ia juga boleh berlaku dikalangan orang dewasa. Terdapat beberapa simptom yang terhasil disebabkan jangkitan tonsil tersebut. Ia adalah:
- Rasa sakit ketika menelan makanan
- Sakit tekak
- Demam yang tinggi
- Tompok putih atas tonsil
- Tonsil yang besar
- Mulut berbau busuk
- Sakit leher
- Kalenjar limfa bengkak terutamanya di bahagian bawah rahang dan bawah leher
Bagi bayi ataupun kanak-kanak kecil yang belum mampu bercakap dengan orang dewasa, simptom-simptom untuk tonsil bengkak adalah:
- Kurang selera makan atau tidak mahu makan
- Mood tidak baik dan asyik menangis sahaja
- Demam yang tinggi
- Air liur asyik meleleh