Apakah Simptom kepada masalah Tonsil bengkak?

Pesakit selalunya adalah dikalangan kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun. Akan tetapi, ia juga boleh berlaku dikalangan orang dewasa. Terdapat beberapa simptom yang terhasil disebabkan jangkitan tonsil tersebut. Ia adalah:
  • Rasa sakit ketika menelan makanan
  • Sakit tekak
  • Demam yang tinggi
  • Tompok putih atas tonsil
  • Tonsil yang besar
  • Mulut berbau busuk
  • Sakit leher
  • Kalenjar limfa bengkak terutamanya di bahagian bawah rahang dan bawah leher
Bagi bayi ataupun kanak-kanak kecil yang belum mampu bercakap dengan orang dewasa, simptom-simptom untuk tonsil bengkak adalah:
  • Kurang selera makan atau tidak mahu makan
  • Mood tidak baik dan asyik menangis sahaja
  • Demam yang tinggi
  • Air liur asyik meleleh